27 September 2008

Maklumat Sekolah PKG

PKG Batu Gajah

16 Jun 2008

KURSUS KAJIAN TINDAKAN


Pihak BTPN Perak bersama dengan IPG Ipoh telah menganjurkan kursus Kajian Tindakan bagi Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Perak. Penceramah bagi Kursus tersebut ialah Dr. Shahruddin b. Shaari dan Dr. Hj. Badrul Hisham b. Alang Osman, kedua-duanya daropada IPG Ipoh. Kursus tersebut berlangsung pada 15-17 Jun 2008 bertempat di Purnama Beach Resort, Telok Nipah, Pulau Pangkor.

PKG Batu Gajah

01 Jun 2008

Kursus / Bengkel MPK dan FM





Hari Kedua



BTPN Perak telah menganjurkan kursus dan Bengkel Manual Prosedur Kerja PKG dan Fail Meja bagi Pegawai-pegawai di PKG . Kursus bermula dari:

Tarikh : 1 Jun 2008 hingga 5 Jun 2008

Tempat : Royal Guest House , Kota Bharu, Kelantan

Peserta : 10 orang PTP 32 PKG,

48 orang PTP 29 PKG

10 orang PT N17 PKG

PKG Batu Gajah

21 Mei 2008

Bengkel Pengurusan Bahan PSS



BTPN Perak Menganjurkan kursus pengurusan bahan PSS.
Antara isi kandungan bengkel ialah Mengemaskini fail kuasa mengikut Buku Panduan BTP yang terkini yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Membuat pengkelasan buku / melengkapkan slip kerja bagi buku baru melalui maklumat secara online terus ke Perpustakaan negara bagi buku tempatan dan menerusi Library Congress bagi buku pasaran luar negara. Ini dapat membantu mempercepatkan proses teknik buku bagi sesebuah Pusat Sumber.
PKG Batu Gajah

15 Mei 2008

Mesyuarat GPM PKG Batu Gajah

Mesyuarat GPM Batu Gajah dan Tanjung Tualang telah diadakan :
Pada : 15 Mei 2008
Tempat : Bilik Gerakan SK Seri Jaya
Masa : 2.30 petang
Kehadiran : Semua guru GPM PKG Batu Gajah dan GPM PKG Tanjung Tualang

GPM telah diberi penerangan tentang pemilihan Tokoh Pembaca peringkat Daerah, Pemilihan tokoh, Khemah Rakan Pembaca, Pertandingan Rakan Pembaca,serta melawat PKG baru yang akan berpindah ke situ dan berbagai isu dan maklumat terkini. Sambutan daripada semua GPM amat menggalakan. Terima kasih juga kepada Guru Besar SK Seri Jaya dan Warga Sekolah kerana memberi kebenaran menggunakan bilik gerakan sekolah.
PTP PKG Batu Gajah

Selamat Hari Guru khas buat semua guru GPM PKG Batu Gajah dan PKG Tanjung Tualang, guru daerah Kinta Selatan, dan semua guru di mana sahaja kalian menabur bakti kepada anak didik. Jadikan tema "Guru Cemerlang Negara Terbilang" sebagai pembakar semangat untuk terus berbakti dan jasa kalian sewangi AMBAR KESTURI.

PTP PKG Batu Gajah

13 Mei 2008

Mesyuarat pemantapan jadual aktiviti PKG

Mesyuarat pemantapan aktiviti PKG telah berlangsung pada :
Tarikh : 12 dan 13 Mei 2008
Tempat : Bilik Juara, BTPN Perak
Penceramah : Tn. Hj. Jamaludin b. Mat, KPP BTPN Perak
Mesyuarat tersebut telah berlangsung di BTPN Perak bagi memantapkan lagi aktiviti PKG yang bertepatan dengan hasrat penubuhan awal PKG.

PTP PKG Batu Gajah

08 Mei 2008

Lagu Pilihan PKG Batu Gajah


Dengarkanlah lagu pilihan PTP Batu Gajah. Hanya KLIK saja gambar dj di atas tu atau perkataan KLIK. Lagu-lagu akan sentiasa diupdatekan dari masa ke semasa.
PTP PKG Batu Gajah

07 Mei 2008

Lawatan Kerja ke BTPN Selangor dan BTP


PTP PKG Negeri Perak telah melawat ke BTPN Selangor dan BTP pada 6 dan 7 Mei 2008.
Di BTPN Selangor PTP telah diberikan taklimat pengurusan oleh En Abd Halim dan En. Abd Rahman.

Di BTP pula PTP PKG Perak telah di bawa melawat ke studio, bilik suntingan, studio muzik dan berbagai tempat lagi.

Sekalung tahniah dan se ambar kesturi kami garapkan buat BTP dan BTPN Selangor atas kesudian menerima kedatangan kami.
PTP PKG Batu Gajah

05 Mei 2008

Lawatan Kerja PTP PKG Perak ke BTP

Semua penolong PTP PKG negeri Perak akan membuat lawatan ke BTP pada :
Tarikh : 6 & 7 Mei 2008
Para peserta rombongan lawatan kerja akan dibawa melawat ke BTPN Selangor dan BTP.
PTP PKG Batu Gajah